Bestnya bercuti di BEST WESTERN PREMIER THE HAVEN, IPOH - Blog Eyzamiel

5.1.16

Bestnya bercuti di BEST WESTERN PREMIER THE HAVEN, IPOH

Bulan lepas adalah bulan yang sangat-sangat stress bagi aku.. Macam-macam yang aku kena handle.. Sampaikan aku rasa macam nak lari je dari kesibukan Kota Kuala Lumpur ni.... Tapi nak pegi mana?  Erm.. nak ajak hubby, dia pun busy.. adoi la.. bertambah stress pulak bila pikir...

Pastu, disaat-saat aku memang perlukan ketenangan dan percutian yang santai.. Ayue Idris offer aku gi bercuti dengan rakan-rakan blogger di  The Haven Ipoh... Yahoo.. pucuk dicita ulam mendatang.. memang tak tolak la offer tu.. hihihi..



The Haven Ipoh ni berkonsepkan Condotel iaitu Condo + hotel dan bertaraf 5 Bintang.. wow..  Kalau dah bertaraf 5 Bintang tu mesti korang fikir harga dia mahal kan? Eh takla.. harga masih berpatutan dan setimpal dengan ketenangan yang korang akan dapat kat sini. Ianya kini beroperasi di bawah Rangkaian Best western International (BWI) setelah dinaik taraf .


The Haven terdiri dari 3 Tower iaitu Tower Acacia, Banyan dan Cycas.Ketiga-tiga tower ini mempunyai 26 tingkat dan 512 unit. 150 unit diuruskan oleh The Haven dan selebihnya untuk Resident dan untuk dijual. Kalau la dapat beli sebiji.. Heavennya rasa.. hahaha.. tapi, apa bole buat.. berangan je la...

Aku sebilik dengan Ayue, Sally dengan Siti dan Nomi dengan husband tercinta. Honeymoon gitu. Aku dengan Ayue dapat Suite. Wah. Bila masuk je dalam bilik, teruja aku rasa.. cantik kut.. dan lagi best bila lepak kat Balcony.. Bole nampak pemandangan hijau dan mendamaikan yang sangat cantik. Hilang semua masalah aku kat KL..  Tenang sangat-sangat..






Dapur pun ada.. tapi kalau korang stay sini seminggu atau lebih baru la bole masak.. tapi jangan risau bab makan.. makanan kat The Haven sedap.. dah tu mementingkan kesihatan plak tu.. NO MSG tau.







Suite kami ni ada 1 bilik dan 1 bilik air.. siap ada Bath Tub lagi.. sesuai untuk sesapa yang nak honeymoon.. bole berendam lama-lama..hihihi..



Dari bilik air bole terus nampak katil.. tapi jangan risau, ada blind untuk tutup cermin tu.. takde la seksi sangat..




Setiap bilik dibekalkan iron dan iron board.. dah tak perlu call room service minta diaorang hantar..

Cantikkan Suite ni? Kat sini ada 7 jenis Suite. Yang membezakan setiap suite adalah bilik dan pemandangan. Ada pemandangan Lakeview dan Horizon View... Tapi aku suka Lake View.. Pemandangan dia ohsem...

Pemandangan One (1) & Two (2) Bedroom Suite
Pemandangan  2+1 Lakeview Standard
Pemandangan  2+1 Lakeview Deluxe

Pemandangan 2+1 Lakeview Suite & 3 Bedroom Suite

Pemandangan 3+1 Bedroom Premier Suite - Living Room

3+1 Bedroom Premier Suite - Bathroom

Ni pulak harga bilik kat sini..




Pool kat sini unik sebab berbentuk Kuda Laut dan ada 5 level serta berkeluasan 60 meter. Sebab apa dipanggil 5 level? sebab ada Jacuzzi Pool, Infant pool, Leisure Pool, Lap Pool dan Infinity Pool. Best o.. Puas la kami berendam dalam tu. swimming pool ni dibuka sampai pukul 10 malam tau.. Bole berendam puas-puas..


Kalau nakkan kelainan dengan berjacuzi dalam swimming pool memang The Haven la tempat yang best. InsyaAllah.. kalau ada peluang nak datang sini lagi.. tak puas tau duduk sini setakat 2 hari 1 malam.. 

Best Western Premier The Haven, Ipoh

Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia.

Tel: +605 220 9000
Fax: +605 220 9011

Email: reservations@bestwesternhaven.com.my
Website: www.thehavenresorts.com

GPS Coordinates:
Latitude N - 4°38'14.2
Longtitude E - 101°9'43.2

Check-in from 15:00 | Check-out until 12:00
*Pets are not allowed.


2 comments:

  1. untung laaaaa...hahahaha...suka tgk jakuzi dia! hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. apa kata seketul Sally belanja seorang eyza ni cuti kat sini lagi. hihihi

      Delete