Rumah Peranginan Kerajaan Morib - Blog Eyzamiel

18.7.14

Rumah Peranginan Kerajaan Morib

Sambungan dari Entry ni..

Kan aku ada citer yang aku tak jadi nak menginap kat Gold Coast Morib kan? Sebenarnya kat Morib aku menginap kat Rumah Peranginan Kerajaan .. kebetulan pulak, time aku bukak website tu memang ada kosong.. aku pun booking la sebab bole buat BBQ.. sekali, family aku tak dapat join.. bila berdua, memang aku tak BBQ la.. makan jer kat kedai.. senang cerita...


Nak sampai kat sini.. kena lalu depan Pantai Morib.. jalan je terus sampai nampak signboard macam kat atas ni...

Alhamdulillah.. urusan check in mudah.. staff pun friendly....Aku ambik rumah 2 bilik (berkembar)... ok la.. murah pun murah.. semalam cuma RM50 jer...


Bilik Utama ada 2 katil single.. aku ngan hubby tak tido bilik ni sebab aircond dia panas sikit..


Bilik air dalam bilik utama..


Bilik kedua pun ada 2 katil single.. kami cantumkan jer bagi rapat.. tak best la tido jauh-jauh..hihihi.. dalam bilik ni pun ada bilik air jugak.. 


Kat dalam ni ada meja makan, peti ais, tv, dapur dan kelengkapan masak..kalau datang ramai-ramai best la..boleh masak.. sebelah rumah aku tu diaorang datang 1 family ..best la sikit..meriah...malam tu, masa aku dok tengah siap2 nak pg makan malam..aku dengar bunyi orang ketuk pintu.. saspen gak la..bila bukak, nampak anak orang sebelah tu..nak pinjam garam..alamak.. sori la dik, akak tak masak la..makan luar jer.. 

Lupa plak nak bagitau..kat sini jugak mereka memang sediakan shower gel, sampoo ngan sabun.. sama jer macam kat hotel cuma towel memang kena bawak sendiri.. mereka tak sediakan.. masa pergi tu aku lupa bawak towel... petang tu mandi lap ngan kain pelikat hubby... habis lencun..hahaha..


Lepas Check in sempat nak bergambar kat depan tempat pendaftaran....


Sebelum balik KL, aku sempat pergi borong kerepek dulu sebab orang kata kerepek Banting ni best.. aku xde pulak ambik gambar.Aku beli kerepek Ubi Kayu Pedas, Kerepek Kacang Dhal ngan Kerepek Pisang....memang sedap la..puas hati.. Pastu kami singgah jugak kat Kedai makan yang best kat Banting ni.. Sup Tulang dia memang terangkat..Terbaik la.. Tu hubby yang bawak..aku tak ingat nama kedai..sori... dan sebelum sampai KL, kami ada singgah satu tempat ni.. hilangkan haus... yang tu, nanti aku citer yer...Bye..

2 comments: